Tuesday, 30 December 2014

WOMEN, SOCK AND ARM-SOCKS

            Arm-sock? Stokin? Untuk apa semua tu? Apa kaitannya dengan wanita? Ok...hari ni aku nak cerita apakah kaitan semua tu dengan seorang wanita. Stokin ni sinonim dengan kasut. bila pakai kasut mesti kita nak matchkan dengan stokin. Rasa tak selesa bukan pakai kasut tanpa stokin. pelikkan. mcm cacat pon ada. kiranya stokin ni pelengkap lah untuk seseorang tu memakai kasut. klu dulu-dulu zaman sekolah kita wajib pakai stokin pergi sekolah. kalau tak pakai kene denda dengan guru disiplin, kene tahan dengan pengawas. begitulah aplikasinya dengan wanita. stokin ini adalah pelengkap bagi wanita. tapi ramai wanita yang tak menyedari bahawa setokin itu adalah pelengkap baginya. knp? 

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh melihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya.."

Jadi wajiblah untuk seorang prempuan itu menutup kakinya dan menutup tangan mereka dengan sempurna. Ramai yang salah guna stokin tangan atau lebih dikenali juga sebagai arm-sock. kenapa aku ckp mcm tu, sbb kebanyakknya perempuan zaman sekrang ni kalau pakai lengan pendek mereka akan pakai arm-sock ini. bila di tanya kenapa pakai arm-sock. mereka akan jawab "yelah...kan nak tutup aurat nanti nampak tangan dah berdosa" salah konsep tu syang oiii....itu bukan tutup aurat, tapi itu balut aurat. so kalau pakai lengan pendek tu better pakai cardigan diluar. kan lagi cantik n lagi manis. sebb cardigan tu longgar kalau nak dibandingkan dengan Arm-sock. so...arm-sock tu untuk apa sebenarnya? knp kita pakai arm-sock? bila je blh pakai arm-sock tu? sebenarnya tujuan kita pakai arm-sock tu ialah kalau kita pakai baju kurung, atau baju yang longgar dekat lengan tu, lebih baik pakai arm-sock didalamnya. supaya kalau kita angkat tangan atau buat kerja kadang2 lengan baju kita terselakkn, so klu ada arm-sock di dlm x de lah nampak aurat kita. kan mudah nk buat kerja x payah nk risau pasal aurat. mudahkan islam ni. begitu jugak stokin. tak semestinya dipakai dengan kasut sahaja, kalau pakai sliper atau sandel pon kita wajib pakai stokin. sbb kaki tu kan aurat bg wanita. aku tekankan pasal ni sebab ramai yang ambil remeh pasal perkara ini. mereka beranggapan bahawa "alah...tak salah pon kalau tunjuk kaki, buknnya lelaki bernafsu pon tgk kaki kita." bernafsu atau tak bernafsu itu tolak tepi yang penting hukum Allah tetap hukum Allah. tapi...bukan senang untuk seseorng itu berubah, walaupun perubahan itu kecil. aku cerita berdasarkan pengalaman aku. berubah dan istiqomah itu adalah dua perkara yang sangat susah kalau kita takde azam dan matlamat.




stokin tangan
stokin kaki

Dulu aku pun tak titik beratkan pasal perkara2 ni. bagi aku kaki tak tutup tak pe. tangan tu kalau dah pakai lengan panjang kira ok lah. kalau ternampak sikit2 tu kira halal lah. asalakan aku dh pakai baju lengan panjang. tapi kadang2 kalau aku buat kerja tiba lengan baju terangkat aku tak perasan. aku ambil remeh perkara2 macm tu. walhal dosa2 kecil tu kalau dikumpul lama2 akan jadi banyak. mula2 tak sengaja, x perasan, tp hakikatnya aku tak de inisiative untuk tutup aurat aku dengan sempurna. so, aku cuma muhasabah diri aku balik. aku nak berubah tapi aku takot. aku takot orang tanye mcm2. mula2 perasaan tu takot sangat2, tapi cuba kuatkan hati dan nekad. pada awalnya ada yang tanye kenapa pakai stokin. jawapan aku "nak jaga kaki biar kaki lembut". hahaha...pernah tu aku jawab "sejuk, aku tak tahan sejuk sbb tu pakai stokin". mcm2 alasan yang aku bagi. tapi lama kelamaan benda tu jadi biasa dan orang pon dah tak tanye lagi. dan sekarang Alhamdulillah bila sesuatu perkara tu dah menjadi rutin harian kita so senang utk istiqomah. cuma awal2 tu agak payah. Ingat, setiap perbuatan ibadat yang ingin kita lakukan..haruslah berniat demi Allah...jika salah niat kita, buatlah ibadat setinggi gunung sekalipun, dapatannya akan tetap KOSONG. cerita ini adalah untuk dijadikan iktibar bukan untuk menunjuk-nunjuk. 

~Renung-renungkan dan selamat beramal~
~Lakukan apa-apa kerana Allah~
~Moga-moga kita sama-sama berubah kejalan Allah~
~INSYAALLAH~

No comments:

Post a Comment