Monday, 29 December 2014

2 TAHUN LAGI

ramai yang tanye kenapa status whatapp aku dua tahun lagi. apa maksud dua tahun lagi. hahahaha....aku tak tau nk jawab apa. apa yang di maksudkan 2 tahun lagi? ha....ada tu yang buat andaian sendiri. dia kata "untunglah dua tahun lagi dah nak kawen. dengan sapa? sapa calonnya?" Allahhu akbar....tak tau nk terangkan mcm mane. hanya mampu yekan jelah. hahahaha....tp hakikatnya calon pon tak de nk kawen menda. tp aku yakin dengan jodoh yang Allah telah tetapkan. sapa pon jodoh aku, aku terima seadanya. kalau baik alhamdulillah sbb Allah kurniakan suami yang baik, penyayang, memahami, taat perintah Allah. tp kalau tak baik pon alhamdulillah sbb Allah nak beri ujian untuk hapuskan dosa2 aku dan untuk memberi pahala kepada aku jika aku bersabar dengan ujianNya. Sbb aku yakin apa yang Allah kurniakan untuk aku itu adalah yang terbaik.

Tapi apa yang aku nk cerita ni bukan lah pasal calon aku. aku tak de calon pon. huhuhuu...aku nak cerita pasal dua tahun. apa yang dimaksudkan dengan dua tahun. dua tahun tu ialah tempoh masa untuk aku berubah untuk aku kenal diri aku, untuk aku pulang kejalan Allah, untuk aku muhasabah kembali diri aku. tujuannya untuk mempersiapkan diri aku untuk menjadi seorang hamba Allah yang taat akan perintahnya, seorang anak yang solehah, seorang isteri yang solehah, dan ibu yang baik serta bertanggungjawab. pendek kata persiapan untuk aku ke tahap yang selanjutnyalah. sepanjang dua tahun ni kalau ada yang tanye aku "leha, kau x nak ada sape2 ke? kau x nak terima sapa2 ke?" or apa2 je soal cinta atau kahwen, jawapan aku mungkin tidak. tapi kalau Allah buka pintu hati aku untuk terima sapa2 tu bukan kuasa aku. sbb aku hanya merancang Allah yang tentukan. kuasa Allah itu lagi besar dari segala2nya. tapi untuk bercinta jawapan aku TIDAK! muktamad. aku takkan bercinta kecuali mencintai yang halal bagiku. so kalau sapa2 nak bercinta dengan aku kawen lah dulu ye baru berangan nk bercinta dgn aku. hahaha...sbb bercinta, bercouple, berdating or apa2 yang sewaktu dengannya tukan haram. so lebih baik bercinta dengan Allah, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dgn org yang halal dengan kita kan dapat pahala. sapa x nk paha la woiiii...semua org nak pahala.

tapi kalau mencintai dalam diam itu di haruskan. sbb Allah ciptakan manusia nikan berpasang-pasangan. so, rasa cinta, rasa sayang y wujud itu adalah satu fitrah. so tak salah. tp cukuplah Allah je yang tahu. kalau rindu kirimkan pada Allah, agar rindu itu kerana Allah. kalau sayang kirimkan pada Allah, agar sayangnya kerana Allah. berdoa moga2 satu hari nanti Allah satukan hati kita dengan orang yang kita sayang. rasa sakit merindui dalam diam itu adalah satu pahala. sebab kita berjaya halang diri kita daripada melakukan maksiat.

No comments:

Post a Comment