Ikhtilat tu sebenarnya bukanlah
sejenis makanan atau pon brand pakaian. Ikhtilat ni adalah pergaulan antara
lelaki dan perempuan. Sebenarnya bagi aku yang jahil ni susah sangat nak jaga
ikhtilah. Sbb aku dh terbiasa bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Lagipon
kawan-kawan aku ramai lelaki. Lebih-lebih lagi aku ni budak mechanical
engineering. Lagilah. Pergi mane-mana lelaki. Buat kerja lelaki. Sampai dah tak
bernafsu tengok lelaki. Hahaha...yang tu tipu. Huhuhu...tipulahkan kalau kita y
perempuan ni tak bernafsu tengok lelaki. Itu dah jadi kes LGBT dh tu. Nauzubillah.
Mintak dijauhkan.
Walau apa pon, aku tetap jaga
batas antara lelaki dan perempuan. Tapi tidak jaga dengan sempurna. Memang ramai
yanng boleh jaga batas lelaki dan perempuan. Tetapi ramai y sekadar jaga ala
kadar tapi tidak sempurna. Sama jugaklah macam islam. Ramai yang islam tetapi
ramai yang tindak menghayati apa itu islam yang sebenarnya. Jaga batas ala
kadar ni mksudnya, jaga sekadar tak bersentuhan dengan sengaja, kalau x sengaja
tu kira halal la kan. Atau pon sentuh tapi berlapik. Atau pon main tepuk tampar
tp tak guna tangan guna barang kononnya takpelah sebab tak sentuh pon barang tu
yang sentuh. Bergambar lelaki perempuan alasannya "alah gambar jauh bukan
dekat pon". Tapi dalam tak sedar dari gambar tulah wujudnya fitnah. Lagi satu
bergambar tapi jarak hanya 1cm, 2cm jeeee...tu maknenya rapat la bukannya tak
rapat cuma tak bersentuh je. Tp possibility untuk bersentuhan itu ada.
Benda-benda macam itulah yang kita
selalu sangat terlepas pandang dan kita ambil ringan. Lagi satu ikhtilat ni
bukannya sekadar di alam rialiti sahaja, malah di alam maya pon kita kene jaga
ikhtilah. Contohnya, whatapp, sms, facebook, wechat or whatever yang seagkatan
dengannyalah. Segala kaum kerabat dialah kiranya. Sebenarnya hukumnya salah,
sbb boleh melalaikan malah dalam alam maya pon boleh wujudnya zina. Sedangkan Allah
melarang kita untuk menghampiri zina. Ada yang kata "alah...whatapp
sebagai kawan je pon, bukan ada perasaan apa-apa". Subahanaallah...sesunggunnya
hati manusia ni sangat-sangatlah rapuh dan tak tetap. Sekali Allah nak uji
tup-tup boleh tersangkut dgn mamat or minah yang kita msg tu. Kan dah menjadi
satu kesalahan. Sebabtulah Allah melarang sekeras-kerasnya kita menghampiri
zina. Perbuatan-perbuatan yang aku sebutkan tadilah antara perbuatan yang boleh
menjerumuskan manusia ke lembah penzinaan.
Jadi sebagai orang islam, Allah dah
tetapkan, Allah dah sediakan panduan yang selengkap-lengkapnya untuk kita
hindari semua tu. Tinggal kita nak pilih je sama ada nak ikot atau tak. Org putih
kata "take it or leave it". Klu nak masuk syurga kita ambil, kita
buat just ikut sahaja apa yang dituntut oleh syarak. Hidup ni sama la macam
kita memasak, kalau kita ikut resepi yang disediakan sukatan dia cupuk, caranya
betul, suhu yang digunakan pon betul-betul ikut resepi insyaallah menjadi
seperti yang diinginkan. Mudahkan???kan kan kan???. Islam itu mudah so
janganlah dirumitkan.
Tapi persoalannya, tak semudah itu nak
melakukan kebaikan. Pada masa yang sama pasti ada ujian yang datang. Pasti ada
yang menghasut. Lagipun syaitan telah berjanji akan menghasut anak-anak adam
supaya masuk ke neraka bersamanya. Sebab tu lah bukan mudah nak buat baik, tapi
kita kene nekad, kene ada matlamat dan tanamkan dalam hati kita "aku nak
berubah""aku kene berubah". Insyaallah apa pon ujian yang
mendatang insyaallah Allah ada bersama kita untuk kuatkan iman kita. Lagi satu
kita kene ada kawan yang sama-sama nak berubah. Supaya masing-masing boleh
saling mengingati. Sentiasa berdoa pada Allah, mudah-mudahan diberi jalan dan
diberi kekuatan untuk teguh kejalannya. Jangan pernah lupakan Allah kerana
Allah tak pernah lupakan kita. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah lupakan
Allah. Bila susah baru nak ingat Allah sungguh-sungguh mintak mcm2 dekat Allah.
Bila senang berdoa pon sekadar cukup syarat je. Tak malu agaknya. Klu orang la
buat kat aku mcm tu. Ni kaki ni naik ke muka. Hahaha. Time senang baru nk
datang, susah menyombong dengan aku. Huhuhu...
No comments:
Post a Comment