Wednesday, 31 December 2014

MUSIBAH

Ya Allah....macam-macam musibah yang menimpa Negara kita hari ini. Satu persatu Allah tunjuk. Apa yang terjadi adalah kehendakNya. Sama ada untuk member pengajaran kepada hambanya atau pon member ujian kepada hambaNya agar kita ingat kepadaNya. Sungguh besar kekuasaannya “kun fayakun”. Hanya Allah sahaja yang tahu dan sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap sesuatu yang terlah terjadi, yang sedang terjadi dan yang akan terjadi. Mcam-macam teory dan andaian serta spakulasi yang di keluarkan oleh orang ramai dalam segala bencana yang menimpa. Tapi kita tak tau mana satu yang sohih mana satu yang do’if. Jadi hanya Allah je yang tau. So, kita sebagai orang biasanya hanya mampu berdoa agar satu hari nanti Allah rungkai satu persatu setiap perkara yang berlaku. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan hambanya. Mudah-mudahan apa yang terjadi pada Negara ini dijadikan iktibar kepada seluruh manusia terutama ummat islam khususnya. Moga-moga Allah permudahkan urusan keluarga yang ditimpa bencana ini. Mudah-mudahan mereka berada dalam lindungan ALLAH dan moga-moga Allah perkenankan segala permintaan orang-orang yang teraniaya.





#paray4MH370 #pray4MH17 #pray4mangsabanjir #pray4QZ8501


http://teori-sharifah-sofia.blogspot.com/2014/11/terkini-amerika-menggelupor-dan.html

try baca blog ni.

Tuesday, 30 December 2014

WOMEN, SOCK AND ARM-SOCKS

            Arm-sock? Stokin? Untuk apa semua tu? Apa kaitannya dengan wanita? Ok...hari ni aku nak cerita apakah kaitan semua tu dengan seorang wanita. Stokin ni sinonim dengan kasut. bila pakai kasut mesti kita nak matchkan dengan stokin. Rasa tak selesa bukan pakai kasut tanpa stokin. pelikkan. mcm cacat pon ada. kiranya stokin ni pelengkap lah untuk seseorang tu memakai kasut. klu dulu-dulu zaman sekolah kita wajib pakai stokin pergi sekolah. kalau tak pakai kene denda dengan guru disiplin, kene tahan dengan pengawas. begitulah aplikasinya dengan wanita. stokin ini adalah pelengkap bagi wanita. tapi ramai wanita yang tak menyedari bahawa setokin itu adalah pelengkap baginya. knp? 

Rasulullah SAW telah bersabda :

"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh melihat akan dia, melainkan mukanya dan kedua tapak tangannya.."

Jadi wajiblah untuk seorang prempuan itu menutup kakinya dan menutup tangan mereka dengan sempurna. Ramai yang salah guna stokin tangan atau lebih dikenali juga sebagai arm-sock. kenapa aku ckp mcm tu, sbb kebanyakknya perempuan zaman sekrang ni kalau pakai lengan pendek mereka akan pakai arm-sock ini. bila di tanya kenapa pakai arm-sock. mereka akan jawab "yelah...kan nak tutup aurat nanti nampak tangan dah berdosa" salah konsep tu syang oiii....itu bukan tutup aurat, tapi itu balut aurat. so kalau pakai lengan pendek tu better pakai cardigan diluar. kan lagi cantik n lagi manis. sebb cardigan tu longgar kalau nak dibandingkan dengan Arm-sock. so...arm-sock tu untuk apa sebenarnya? knp kita pakai arm-sock? bila je blh pakai arm-sock tu? sebenarnya tujuan kita pakai arm-sock tu ialah kalau kita pakai baju kurung, atau baju yang longgar dekat lengan tu, lebih baik pakai arm-sock didalamnya. supaya kalau kita angkat tangan atau buat kerja kadang2 lengan baju kita terselakkn, so klu ada arm-sock di dlm x de lah nampak aurat kita. kan mudah nk buat kerja x payah nk risau pasal aurat. mudahkan islam ni. begitu jugak stokin. tak semestinya dipakai dengan kasut sahaja, kalau pakai sliper atau sandel pon kita wajib pakai stokin. sbb kaki tu kan aurat bg wanita. aku tekankan pasal ni sebab ramai yang ambil remeh pasal perkara ini. mereka beranggapan bahawa "alah...tak salah pon kalau tunjuk kaki, buknnya lelaki bernafsu pon tgk kaki kita." bernafsu atau tak bernafsu itu tolak tepi yang penting hukum Allah tetap hukum Allah. tapi...bukan senang untuk seseorng itu berubah, walaupun perubahan itu kecil. aku cerita berdasarkan pengalaman aku. berubah dan istiqomah itu adalah dua perkara yang sangat susah kalau kita takde azam dan matlamat.




stokin tangan
stokin kaki

Dulu aku pun tak titik beratkan pasal perkara2 ni. bagi aku kaki tak tutup tak pe. tangan tu kalau dah pakai lengan panjang kira ok lah. kalau ternampak sikit2 tu kira halal lah. asalakan aku dh pakai baju lengan panjang. tapi kadang2 kalau aku buat kerja tiba lengan baju terangkat aku tak perasan. aku ambil remeh perkara2 macm tu. walhal dosa2 kecil tu kalau dikumpul lama2 akan jadi banyak. mula2 tak sengaja, x perasan, tp hakikatnya aku tak de inisiative untuk tutup aurat aku dengan sempurna. so, aku cuma muhasabah diri aku balik. aku nak berubah tapi aku takot. aku takot orang tanye mcm2. mula2 perasaan tu takot sangat2, tapi cuba kuatkan hati dan nekad. pada awalnya ada yang tanye kenapa pakai stokin. jawapan aku "nak jaga kaki biar kaki lembut". hahaha...pernah tu aku jawab "sejuk, aku tak tahan sejuk sbb tu pakai stokin". mcm2 alasan yang aku bagi. tapi lama kelamaan benda tu jadi biasa dan orang pon dah tak tanye lagi. dan sekarang Alhamdulillah bila sesuatu perkara tu dah menjadi rutin harian kita so senang utk istiqomah. cuma awal2 tu agak payah. Ingat, setiap perbuatan ibadat yang ingin kita lakukan..haruslah berniat demi Allah...jika salah niat kita, buatlah ibadat setinggi gunung sekalipun, dapatannya akan tetap KOSONG. cerita ini adalah untuk dijadikan iktibar bukan untuk menunjuk-nunjuk. 

~Renung-renungkan dan selamat beramal~
~Lakukan apa-apa kerana Allah~
~Moga-moga kita sama-sama berubah kejalan Allah~
~INSYAALLAH~

BICARA HATI

Dikeheningan senja
yang melabuhkan tirai
didada langit kemerahan
kicauan burung pulang ke sarang
tiupan sang bayu senja menghembus wajah
nyaman terasa

Aku..?
tetap setia di sini
mencari sesuatu yang hilang
ku imbas cerita duka
ku tilik cerita suka
dihati mengamit kerinduan
menusuk sanubari perempuanku…

Ku cari damai dihati
ku cari ketenangan abadi
mampukah aku miliki…
mesti indah
mesti bahagia..
adakah aku mampu rasai…?
suatu hari aku pasti temui
apa yang aku impikan
kepada-Mu Ya Allah..
aku bermohon
moga hari esok bakal ku temui
damai dihati
moga kedamaian milik ku jua…
Insya-Allah….

#bilahatiberbicara

Monday, 29 December 2014

2 TAHUN LAGI

ramai yang tanye kenapa status whatapp aku dua tahun lagi. apa maksud dua tahun lagi. hahahaha....aku tak tau nk jawab apa. apa yang di maksudkan 2 tahun lagi? ha....ada tu yang buat andaian sendiri. dia kata "untunglah dua tahun lagi dah nak kawen. dengan sapa? sapa calonnya?" Allahhu akbar....tak tau nk terangkan mcm mane. hanya mampu yekan jelah. hahahaha....tp hakikatnya calon pon tak de nk kawen menda. tp aku yakin dengan jodoh yang Allah telah tetapkan. sapa pon jodoh aku, aku terima seadanya. kalau baik alhamdulillah sbb Allah kurniakan suami yang baik, penyayang, memahami, taat perintah Allah. tp kalau tak baik pon alhamdulillah sbb Allah nak beri ujian untuk hapuskan dosa2 aku dan untuk memberi pahala kepada aku jika aku bersabar dengan ujianNya. Sbb aku yakin apa yang Allah kurniakan untuk aku itu adalah yang terbaik.

Tapi apa yang aku nk cerita ni bukan lah pasal calon aku. aku tak de calon pon. huhuhuu...aku nak cerita pasal dua tahun. apa yang dimaksudkan dengan dua tahun. dua tahun tu ialah tempoh masa untuk aku berubah untuk aku kenal diri aku, untuk aku pulang kejalan Allah, untuk aku muhasabah kembali diri aku. tujuannya untuk mempersiapkan diri aku untuk menjadi seorang hamba Allah yang taat akan perintahnya, seorang anak yang solehah, seorang isteri yang solehah, dan ibu yang baik serta bertanggungjawab. pendek kata persiapan untuk aku ke tahap yang selanjutnyalah. sepanjang dua tahun ni kalau ada yang tanye aku "leha, kau x nak ada sape2 ke? kau x nak terima sapa2 ke?" or apa2 je soal cinta atau kahwen, jawapan aku mungkin tidak. tapi kalau Allah buka pintu hati aku untuk terima sapa2 tu bukan kuasa aku. sbb aku hanya merancang Allah yang tentukan. kuasa Allah itu lagi besar dari segala2nya. tapi untuk bercinta jawapan aku TIDAK! muktamad. aku takkan bercinta kecuali mencintai yang halal bagiku. so kalau sapa2 nak bercinta dengan aku kawen lah dulu ye baru berangan nk bercinta dgn aku. hahaha...sbb bercinta, bercouple, berdating or apa2 yang sewaktu dengannya tukan haram. so lebih baik bercinta dengan Allah, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dgn org yang halal dengan kita kan dapat pahala. sapa x nk paha la woiiii...semua org nak pahala.

tapi kalau mencintai dalam diam itu di haruskan. sbb Allah ciptakan manusia nikan berpasang-pasangan. so, rasa cinta, rasa sayang y wujud itu adalah satu fitrah. so tak salah. tp cukuplah Allah je yang tahu. kalau rindu kirimkan pada Allah, agar rindu itu kerana Allah. kalau sayang kirimkan pada Allah, agar sayangnya kerana Allah. berdoa moga2 satu hari nanti Allah satukan hati kita dengan orang yang kita sayang. rasa sakit merindui dalam diam itu adalah satu pahala. sebab kita berjaya halang diri kita daripada melakukan maksiat.

Hari yang memberi tekanan

                 hari ni aku stress sgt2. aku tak tau lah kenapa. rasa ada je benda yang tak kene. rasa nk marah orang pon ada. tp aku ni mane la suka marah orang. klu aku marah aku just diam je. klu aku diam seharian tu maknenya aku marah latu. tapi biasanya x de seharian. aku ni marah beberapa minit je. tp hari ni aku bukannya nak marah. tp aku rasa menyampah dan rasa benci pada seseorang. aku tak pasti kenapa aku perlu ada perasaan tu. mungkin aku kene rujuk balik, muhasabah balik dengan diri aku. bersihkan hati aku balik. aku rasa benci sangat dgn dia sbb aku tak suka dengan cara dia. pakai seksi2, aku tak tau apa yang dia nk tunjuk. aku yang malu bila tengok dia pakai seksi2. dah la budak lelaki mengata pulak tu. depan2 aku budak lelaki dok mengata pasal body dia. nk tegur takot kene maki. hari tu pernah sekali budak lelaki tegur dia, x pasal2 kene maki.  bayangkan budak lelaki sampai nasihatkan aku untuk tegur dia. ya ALLAH aku hanya mampu berdoa agar dia berubah satu hari nanti. bila jadi benda2 mcm tu lah menyababkan aku benci sangat dekat dia. aku tak tau lah apa masalah aku. terasa jhat sgt2 pulak sebab benci org. sbb tu la aku stress hari ni. sbb aku cuba lawan perasaan benci tu. aku tanya balik pada diri aku kenapa aku benci dia. sepatutnya aku benci dengan dosa dia bukannya dia. ya Allah ampunkan hambaMu ini.

Saturday, 27 December 2014

ISU!!!



              Cuba tengok gambar ni? apa yang pelik? hahaha....terasa kelakar sangat. aku perasan budak-budak lelaki ramai yang pelik dengan sikap aku. mungkin apa yang aku buat ni terlalu drastik sangat kot. cuma diorg tak berani nak tegur. yelah aku dah tak se hyper dulu. kalau dulu hypernya mengalahkan kanak-kanak rebina. huhuhu...sifat tu masih ada mmg aku tak boleh nak buang. tapi bukan lagi pada lelaki. klu nak tengok aku hyper kene kawen dulu dengan aku. hahaha...tp sapehlah nk budak hyper mcm aku ni. hahaha....puas diorg pakse. sampai aku x mampu nak tolak. tp ni je yang aku mampu buat. aku segan sebenarnya. tp bila aku fiker balik terlintas difikiran aku "ya Allah alhamdulillah aku dah mula ada rasa sengan ada rasa malu dengan lelaki". klu dulu ni lah muka paling x malu. syukur sangat-sangat perasaan malu itu mula terbit dalam diri aku. beri aku masa untuk berubah sepenuhnya. insyaAllah.

               Ni lah kawan-kawan psm aku, kawan kelas aku. kitorg under supervisor yang sama. memang aku sorang je bunga bawah supervisor tu. supervisor aku pon lelaki. benda tu mmg x boleh dielak. aku tak sama dengan kawan-kawan perempuam aku sebab diorg daftar awal. aku antara yang daftar paling lambat. so nak tak nak kene la berseorangan.

#tahun4skmp#sarjanamudakejuruteraanpembuata#finalyear#Allthebest