Thursday, 8 January 2015

Sebelum Aku Bernikah


Selepas aku tengok video ni baru aku sedar, bukan mudah untuk berkahwin. banyak benda yang nak dipersiapkan, bnyk benda yang perlu diubah dan banyak benda yang perlu ada dalam diri.

check list :

1. Solat
Apa-apa pon solat adalah benda yang paling penting dalam hidup ni. kerana solat itukan tiang agama. kalau rumah takde tiang confrm2 roboh. So, terlebih dahulu kene betulakn solat kita. jaga yang penting, jagan sesekali tinggalkan perkara wajib.

2. Cintai ilmu
ilmu xkan datang kalau kita tak cari. kita yang kene mencari ilmu bukan ilmu caro kita. kalau nak harapkan ilmu yang cari kita sampai kesudahla ilmu tu x datang2. tunggulah sampai bertanduk pon ilmu takkan datang. ilmu tu sangatlah penting. sebab bila dah kawen nanti dengan ilmu lah kita akan didik anak2 kita supaya lebih berilmu. ilmu yang paling penting ialah ilmu fardu ain. wajib di pelajari dan wajib di cari.

3. Manfaat orang lain
contohnya belajar memasak untuk manfaat orang lain. kalau tak belajar dan tak mencba macam mane nak tau. yang penting kita cuma, lama-lama nanti pandailah. Allah suha hambanya yang berusaha.

4. Akhlak
berkawan dengan semua orang. bak kata orang kawan biar seribu musuh tu tak perlu kot. tapi yang paling penting jaga batasan. kita nikan ummat islam masih ada batasan yang perlu dijaga. dan yang terutama sekali jaga pandangan. tak perlulah kot nak pandang benda yang bukan-bukan. hehehe...

5. Perhubungan dengan Allah
hubungan dengan Allah ni sangat penting. kalau kita jaga hubugan dengan Allah insyaAllah Allah akan jaga hubungan kita dengan sesiapa sahaja. rajin-rajin lah bagun malam buat solat sunat tiap-tiap malam. berdoa semoga terus dikurniakan yang terbaik dalam hidup.

Akhir kata MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, BUT IT'S ABOUT MAKING UMMAH

so, lets be prepared.
moga kuat dan tabah untuk siapkan check list di atas. huhuhu...

No comments:

Post a Comment