Ada satu persoalan yang aku tertanye2 dari dulu lagi. Kali ni maaflah nk cerita soal hati pulak. Soalannya...macam mane orang boleh kawen lebih dari satu? mana satu yang dia sayang dan dia suka sebenarnya. kalau bagi pendapat aku, kalau dah tak suke tu lepaskan jelah. terus terang. kdang2 bila tgk cerita2 melayu ni aku tak faham. ni ke sifat orang melayu. bila tanye "awak masih sayang sy ke tak?" dia kate syang. habis tu yang dok g cari orang lain tu dah kenapa? awak nk sapa sebenarnya? boleh pulak dia jawab nak dua2 tamak betol. knp tak terus terang je kalau dh tak suke tu. tak perlulah nak seksa dia nak simpan dia lagi. bebaskan jelah salah satu supaya dia boleh cari kebahagiaan dia sendiri. mungkin lepas tu dia akan jumpa orang yang boleh bhagiakan dia. kalau rasa diri tu tak mampu nk ubah atau nk ubah dia n nak bahagiakan dia tolong la jangan siksa dia. memang pada awalnya dia akan sedih tap kesedihan tu takkan berpanjangan berbanding kalau dok simpan je dia n buat dia menderita. tolong la lelaki2 sekalian. buat pilihan yang betul, dan bertegas dalam membuat pilihan. memang dalam islam tak salah lelaki nak berkahwen lebih dari satu. ok, itu sunnah rasulullah, tapi betul2 lelaki2 ni dah ikut sunnah rasulullah yang sebnar2nya. rasulullah dulu kahwen lebih daripada satu selepas isteri pertamanya siti khadijah wafat. dan tujuan dia berkahwin atas dasar apa? baginda berkahwin dengan Sawda Bint Zam’a kerana Sawda sudah tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. baginda berkahwin dengan Aisha sebab nak menjaga hubugan baik baginda dengan saidina abu bakar. Suami salama binti ummaya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin jadi baginda rasulullah telah mengahwininya untuk merawatnya dan anak2nya. maymuna binti al-harith datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.
Kesimpulan untuk cerita-cerita dia atas, tak payah la lelaki sekalian nk memberi alasan poligami tukan sunnah. hakikatnya sama tapi tak serupa. Isteri-isteri rasulullah kebanykkannya janda dan tujuan rasulullah mengahwini mereka atas dasar jihad kejalan Allah. Sama ada nak membantu janda-janda, nak menyebarkan islam dan untuk mengeratkan hubungan dengan Abu Bakar tujuannya pun untuk jihad kejalan Allah. tapi lelaki-lelaki sekrang kenapa dan apa motif kahwen lebih dari satu. tolong la jelaskan.
MAAFLAH emotional sikit kali ni. huhuhuhu...terasa seperti kaum wanita ni di tindas. sepatutnya mereka dapat hak kebebasan dan berhak untuk memilih kebahagiaan mereka jugak. baik lepaskan daripada menyiksa hati wanita. Apa yang aku tulis ni pendapat aku dan dari perspektif pandangan aku. Aku tak tau la pandangan orang lain mcm mane. sbb setiap orang pandangannya berbeza. aku kesian dengan kaum wanita ni. mereka perlukan masa untuk merawat hati mereka.
No comments:
Post a Comment