Ada satu persoalan yang aku tertanye2 dari dulu lagi. Kali ni maaflah nk cerita soal hati pulak. Soalannya...macam mane orang boleh kawen lebih dari satu? mana satu yang dia sayang dan dia suka sebenarnya. kalau bagi pendapat aku, kalau dah tak suke tu lepaskan jelah. terus terang. kdang2 bila tgk cerita2 melayu ni aku tak faham. ni ke sifat orang melayu. bila tanye "awak masih sayang sy ke tak?" dia kate syang. habis tu yang dok g cari orang lain tu dah kenapa? awak nk sapa sebenarnya? boleh pulak dia jawab nak dua2 tamak betol. knp tak terus terang je kalau dh tak suke tu. tak perlulah nak seksa dia nak simpan dia lagi. bebaskan jelah salah satu supaya dia boleh cari kebahagiaan dia sendiri. mungkin lepas tu dia akan jumpa orang yang boleh bhagiakan dia. kalau rasa diri tu tak mampu nk ubah atau nk ubah dia n nak bahagiakan dia tolong la jangan siksa dia. memang pada awalnya dia akan sedih tap kesedihan tu takkan berpanjangan berbanding kalau dok simpan je dia n buat dia menderita. tolong la lelaki2 sekalian. buat pilihan yang betul, dan bertegas dalam membuat pilihan. memang dalam islam tak salah lelaki nak berkahwen lebih dari satu. ok, itu sunnah rasulullah, tapi betul2 lelaki2 ni dah ikut sunnah rasulullah yang sebnar2nya. rasulullah dulu kahwen lebih daripada satu selepas isteri pertamanya siti khadijah wafat. dan tujuan dia berkahwin atas dasar apa? baginda berkahwin dengan Sawda Bint Zam’a kerana Sawda sudah tua, miskin dan tidak ada yang mengurusinya. baginda berkahwin dengan Aisha sebab nak menjaga hubugan baik baginda dengan saidina abu bakar. Suami salama binti ummaya, Abud Allah Abud Al Assad Ibn Al Mogherab, meninggal dunia, sehingga meninggalkan dia dan anak-anaknya dalam keadaan miskin jadi baginda rasulullah telah mengahwininya untuk merawatnya dan anak2nya. maymuna binti al-harith datang menemui Nabi SAW, masuk Islam dan meminta agar Rasullullah mengawininya. Akibatnya, banyaklah orang Makkah merasa terdorong untuk merima Islam dan nabi SAW.
Kesimpulan untuk cerita-cerita dia atas, tak payah la lelaki sekalian nk memberi alasan poligami tukan sunnah. hakikatnya sama tapi tak serupa. Isteri-isteri rasulullah kebanykkannya janda dan tujuan rasulullah mengahwini mereka atas dasar jihad kejalan Allah. Sama ada nak membantu janda-janda, nak menyebarkan islam dan untuk mengeratkan hubungan dengan Abu Bakar tujuannya pun untuk jihad kejalan Allah. tapi lelaki-lelaki sekrang kenapa dan apa motif kahwen lebih dari satu. tolong la jelaskan.
MAAFLAH emotional sikit kali ni. huhuhuhu...terasa seperti kaum wanita ni di tindas. sepatutnya mereka dapat hak kebebasan dan berhak untuk memilih kebahagiaan mereka jugak. baik lepaskan daripada menyiksa hati wanita. Apa yang aku tulis ni pendapat aku dan dari perspektif pandangan aku. Aku tak tau la pandangan orang lain mcm mane. sbb setiap orang pandangannya berbeza. aku kesian dengan kaum wanita ni. mereka perlukan masa untuk merawat hati mereka.
sekiranya seseorang bertanyakan dimanakah ALLAH, maka katakanlah ALLAH ada dekat dengan kita. =)
Monday, 12 January 2015
Thursday, 8 January 2015
Sebelum Aku Bernikah
Selepas aku tengok video ni baru aku sedar, bukan mudah untuk berkahwin. banyak benda yang nak dipersiapkan, bnyk benda yang perlu diubah dan banyak benda yang perlu ada dalam diri.
check list :
1. Solat
Apa-apa pon solat adalah benda yang paling penting dalam hidup ni. kerana solat itukan tiang agama. kalau rumah takde tiang confrm2 roboh. So, terlebih dahulu kene betulakn solat kita. jaga yang penting, jagan sesekali tinggalkan perkara wajib.
2. Cintai ilmu
ilmu xkan datang kalau kita tak cari. kita yang kene mencari ilmu bukan ilmu caro kita. kalau nak harapkan ilmu yang cari kita sampai kesudahla ilmu tu x datang2. tunggulah sampai bertanduk pon ilmu takkan datang. ilmu tu sangatlah penting. sebab bila dah kawen nanti dengan ilmu lah kita akan didik anak2 kita supaya lebih berilmu. ilmu yang paling penting ialah ilmu fardu ain. wajib di pelajari dan wajib di cari.
3. Manfaat orang lain
contohnya belajar memasak untuk manfaat orang lain. kalau tak belajar dan tak mencba macam mane nak tau. yang penting kita cuma, lama-lama nanti pandailah. Allah suha hambanya yang berusaha.
4. Akhlak
berkawan dengan semua orang. bak kata orang kawan biar seribu musuh tu tak perlu kot. tapi yang paling penting jaga batasan. kita nikan ummat islam masih ada batasan yang perlu dijaga. dan yang terutama sekali jaga pandangan. tak perlulah kot nak pandang benda yang bukan-bukan. hehehe...
5. Perhubungan dengan Allah
hubungan dengan Allah ni sangat penting. kalau kita jaga hubugan dengan Allah insyaAllah Allah akan jaga hubungan kita dengan sesiapa sahaja. rajin-rajin lah bagun malam buat solat sunat tiap-tiap malam. berdoa semoga terus dikurniakan yang terbaik dalam hidup.
Akhir kata MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, BUT IT'S ABOUT MAKING UMMAH
so, lets be prepared.
moga kuat dan tabah untuk siapkan check list di atas. huhuhu...
JANGAN TERLALU MUDAH MEMPERCAYA KATA-KATA MANUSIA. KENE SENTIASA BERHATI-HATI.
pesan seorang hamba ALLAH kepadaku....InsyaAllah aku akan cuba pegang kata-kata tu. aku tau niat dia baik. selama ni pon dia banyak sangat tegur aku, betulkan apa yang silap. aku tau semua manusia pernah melakukan silap, tapi tak salah kita nk terima pendapat orang yang pernah buat silap kerana dengan kesilapan lah manusia belajar. Aku harap aku akan terus berdamping dengan orang yang tegur bila aku terleka, yang ada bila aku memerlukan, yang memberi nasihat jika aku kecundang dan yang mampu untuk aku berkongsi kegembiraan. Mudah-mudahan Allah ada disamping orang-orang yang baik. InsyaAllah.
TAHUN 2015
Assalamualikum....terasa lama pulak tak menulis. maklumlah balik kampung + final exam + internet x de. huhuhuhu....hari ni tergerak hati pulak nak menaip. Dah masuk tahun baru dah pun. dah 9 hari dah ianya berlalu. aku harap aku menjadi diri aku yang baru. belajar untuk perbetulkan mana2 yang silap. tapi kadang-kadang aku sendiri kecundang dengan matlamat aku. Aku harap aku dpt cepat-cepat bangkit semula setiap kali kecundang. macam-macam perancangan aku untuk tahun ni. aku harap apa yang di rancang terlaksana dengan baik. Tapi tu semua kuasa Allah. Aku hanya merancang Allah yang menentukan. Cuma satu yang aku pinta agar satu impian menjadi nyata. Apa impian itu biarlah aku dan ALLAH yang tahu. aku cuma berharap suatu hari nanti Allah pinjamkan aku kebahagiaan walaupun hanya seketika.
Subscribe to:
Comments (Atom)
