Monday, 6 January 2014

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

             Assalamualikum...dah lama dah tak bukak blog ni. Hari Allah gerakkn hati aku untuk mengarang kembali. Alhamdulillah aku masih diberikan nikmat olehNya. JODOH. Bila bercerita tentang jodoh macam2 yang terlintas difikiran. Lagi2 remaja mcm aku ni. Semua orang ada nafsu utuk berkahwin. Dan perkahwinan itu satu tuntutan dalam islam. Tapi kena sedar bahawa perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Ia bukan perkara main2. Sesungguhnya jika kita rasa kita ni dah layak unutk berkahwin tetapi tiada sapa yang mahukan kita, itu tandanya kita belum bersedia sebenarnya kerana Allah lebih mengetahui perkara yang kita tidak ketahui. Itulah namanya JODOH ITU RAHSIA ALLAH. Jodoh kita telah ditetapkan sebelum kita lahir lagi. Tetapi Allah rahsiakan daripada pengetahuan kita. Kalau awal2 dah tau tak supriselah namanya. Sweetkan. hehehe...Sabar dan terus bersabar. Apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah yang terbaik dan setiap yang terjadi pada kita itu adalah satu hikmah. kadang2 kita mintak Allah berikan kita kekuatan...Allah dah tunaikan tetapi dengan cara yang kita tidak sedar. Allah bagi kita mcm2 masalah untuk kita selesaikan supaya kita jadi seorang yang kuat seperti mana yang kita harapkan. Bersyukurlah dengan setiap apa yang berlaku pada diri kita. 
              Macam kisah aku...aku dah lalui macam2. Tapi aku sedar kalau aku rasa aku ni paling susah, ingatlah ada orang yang lagi susah dari aku. Untuk sem ni je...macam2 yang telah aku lalui. Antaranya aku hilang orang yang aku sayang. Tapi aku tak salahkan sapa2. aku tak salahkan dia dan aku tak salahkan diri aku. Aku ada salah aku sendiri dan dia pun ada salah dia sendiri. Ye...memang aku masih sayangkan dia...tp mungkin ada hikmah Allah pisahkan kami. Aku sedar...aku terlalu lalai di buai cinta dunia. sehingga aku tak sedar dan tak takot dengan siksaan yang Allah janjika pada ummatnya yang melakukan larangannya. So, aku fikir mungkin Allah pisahkan kami sebb Allah sayangkan kami. Dia tak nak kami terus terhanyut dengan cinta dunia. Sekiranya jodoh aku dan dia panjang, aku percaya aku dan dia akan bersatu kembali dengan ikatan yang sah. Aku harap masa tu dia dah berubah dan dah bersedia untuk pimpin keluarga aku. Sekiranya dia bukan jodoh aku...aku reda dengan ketentuan Allah. Aku doakan dia jumpa pasangan yang mampu menggembirakan dia, yang faham dia dan yang tahan dengan perangai dia. Aku gembira jika dia gembira. mmg susah nak lupakan dia. Sebab susah untuk aku buat keputusan untuk terima dia dalam hidup aku. kononnya inginkan yang terbaik. Tapi tulah...mcm aku ckp td kita tak tau perancangan Allah. Yakin bahawa perancangan Allah itulah yang terbaik untuk aku dan dia. 
             Tapi aku harap dia sanggup tunggu aku hbs belajar dulu. lps tu klu dia nk cari y laen carilah. aku tak sanggup nak tgok dia dgn org lain. mungkin perasaan sayang tu masih ada kot. Ya Allah...apalah aku ni. Teruk betul. huhuhu...oklah guys caw dulu. assalamulaikumwarahmatullah.... be strong enough :-)

No comments:

Post a Comment