Pagi tadi aku keluar makan dgn dia untuk kali yang terakhir. Macam biasa kitrorang ni mmg di takdirkan jumpa untuk bergaduh...hahaha... tak sah kalau tak gaduh. ada je benda yang tak kena. aku tak salahkan sapa2. mungkin salah aku sbb terlalu mendesak dan memaksa dia. atau perangai aku ni yang terlalu annoying bagi dia. Aku mintak maaf. Dia dah banyak berubah. Ye aku tau dia ada masalah. Tadi aku tak terniat pon nak perli dia. Aku juz gurau je kot. Aku minx maaf sangat2 dekat dia. Tapi di unik. Aku juz nak tau apa yang ada dalam fikiran dia. Kan best kalau dia boleh share apa yang dia rasa kat aku. Kalau boleh aku nk jadi kawan dia. Sebab kalau nk jadi suami mmg tak lah. melainkan dia dah berubah. Aku doakan dia akan berubah satu hari nanti. Amin...
Aku ni bukan yang terbaik untuk dia. kitorg ni sgt berbeza. jauh berbeza. Kitorg ni ada character yang sangat2 berbeza. Tapi tertarik antara satu sama lain. May be kalau mengikut sainstifiknya...berlainan charge tu yang attraction tu. hahaha...apa2 pon. Antara aku dan dia hanya kawan, tu pon kalau dia sudi jadi kawan aku. Sebagai umat isalam aku harus teruskan silaturrohim sesama manusia. aku still berpegang pada prinsip hidup aku "once aku dah kenal dgn seseorang tu n dah kawan dgn seseorang tu, sampai bila2 dia tetap kawan aku." walau pon dia pernah sakitkan hati aku dan buat onar dgn aku. setiap orang pernah melakukan kesalahn. So, x salah kalau kita bg dia peluang untuk ubah diri dia dan cuba memaafkan dia. aku yakin dia masih ada peluang untuk berubah. Aku cuma harap dan berdoa yang dia berubah satu hari nanti.
Dia tu tak delah jahat mana. cuma degil dan masih tak matang lg. Tak tau nk bezakan mana baik n mana buruk. Tak pelah aku yakin yang satu hari nanti dia akan matang jugak. inshaAllah....Allahhumma amin...
sekiranya seseorang bertanyakan dimanakah ALLAH, maka katakanlah ALLAH ada dekat dengan kita. =)
Monday, 6 January 2014
JODOH ITU RAHSIA ALLAH
Assalamualikum...dah lama dah tak bukak blog ni. Hari Allah gerakkn hati aku untuk mengarang kembali. Alhamdulillah aku masih diberikan nikmat olehNya. JODOH. Bila bercerita tentang jodoh macam2 yang terlintas difikiran. Lagi2 remaja mcm aku ni. Semua orang ada nafsu utuk berkahwin. Dan perkahwinan itu satu tuntutan dalam islam. Tapi kena sedar bahawa perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Ia bukan perkara main2. Sesungguhnya jika kita rasa kita ni dah layak unutk berkahwin tetapi tiada sapa yang mahukan kita, itu tandanya kita belum bersedia sebenarnya kerana Allah lebih mengetahui perkara yang kita tidak ketahui. Itulah namanya JODOH ITU RAHSIA ALLAH. Jodoh kita telah ditetapkan sebelum kita lahir lagi. Tetapi Allah rahsiakan daripada pengetahuan kita. Kalau awal2 dah tau tak supriselah namanya. Sweetkan. hehehe...Sabar dan terus bersabar. Apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah yang terbaik dan setiap yang terjadi pada kita itu adalah satu hikmah. kadang2 kita mintak Allah berikan kita kekuatan...Allah dah tunaikan tetapi dengan cara yang kita tidak sedar. Allah bagi kita mcm2 masalah untuk kita selesaikan supaya kita jadi seorang yang kuat seperti mana yang kita harapkan. Bersyukurlah dengan setiap apa yang berlaku pada diri kita.
Macam kisah aku...aku dah lalui macam2. Tapi aku sedar kalau aku rasa aku ni paling susah, ingatlah ada orang yang lagi susah dari aku. Untuk sem ni je...macam2 yang telah aku lalui. Antaranya aku hilang orang yang aku sayang. Tapi aku tak salahkan sapa2. aku tak salahkan dia dan aku tak salahkan diri aku. Aku ada salah aku sendiri dan dia pun ada salah dia sendiri. Ye...memang aku masih sayangkan dia...tp mungkin ada hikmah Allah pisahkan kami. Aku sedar...aku terlalu lalai di buai cinta dunia. sehingga aku tak sedar dan tak takot dengan siksaan yang Allah janjika pada ummatnya yang melakukan larangannya. So, aku fikir mungkin Allah pisahkan kami sebb Allah sayangkan kami. Dia tak nak kami terus terhanyut dengan cinta dunia. Sekiranya jodoh aku dan dia panjang, aku percaya aku dan dia akan bersatu kembali dengan ikatan yang sah. Aku harap masa tu dia dah berubah dan dah bersedia untuk pimpin keluarga aku. Sekiranya dia bukan jodoh aku...aku reda dengan ketentuan Allah. Aku doakan dia jumpa pasangan yang mampu menggembirakan dia, yang faham dia dan yang tahan dengan perangai dia. Aku gembira jika dia gembira. mmg susah nak lupakan dia. Sebab susah untuk aku buat keputusan untuk terima dia dalam hidup aku. kononnya inginkan yang terbaik. Tapi tulah...mcm aku ckp td kita tak tau perancangan Allah. Yakin bahawa perancangan Allah itulah yang terbaik untuk aku dan dia.
Tapi aku harap dia sanggup tunggu aku hbs belajar dulu. lps tu klu dia nk cari y laen carilah. aku tak sanggup nak tgok dia dgn org lain. mungkin perasaan sayang tu masih ada kot. Ya Allah...apalah aku ni. Teruk betul. huhuhu...oklah guys caw dulu. assalamulaikumwarahmatullah.... be strong enough :-)
Subscribe to:
Comments (Atom)