APABILA TERPAKSA MEMILIH ANTARA DUA
Sudah puas ku cuba untuk melelapkan mata ini walaupun sekejap cuma, namun diriku masih tidak mampu mengalihkan perhatian mindaku ini yang masih ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahanku.
Kualunkan zikir-zikir hingga membasahi bibirku namun masih belum juga mampu untuk melenakanku. Ternyata begitu seksanya apabila nikmat Allah S.W.T itu telah ditarik. Aku menangis. Ya Allah, betapa sukarnya untuk membuat pilihan . Apa juga keputusan yang ku buat, pasti ada hati yang bakal terluka, walau hakikatnya aku lah yang pertama akan merasai luka itu.
'Aku buntu Ya Allah,"
'Aku buntu Ya Allah,"
Kubangkit dari tempatku berbaring lalu mencapai buku himpunan solat-solat sunat yang ibu beri kepadaku. SOLAT SUNAT ISTIKHARAH itulah cara terbaik. Setelah berwuduk, aku menunaikan solat sunat istikharah itu, buat pertama kali dalam jiwaku terasa gementar saat bibir melafazkan niat, menyatakan tujuan bertemu Allah di saat manusia lain sedang enak diselimuti gebar. Cemburunya aku! Air mata tidak tertanggung dek kelopak, lalu meluncur laju membasahi telekung. Betapa kerdilnya terasa, sehingga mahu membuat pilihan pun harus meminta bantuan Allah S.W.T.
Kurasakan itulah solatku yang paling khusyuk, yang pernah aku lakukan. Tidak pernah aku merasakan diri aku sedekat ini dengan Penciptaku. Air mata semakin laju saat aku kulantunkan doa solat istikharah. Ya Allah, aku mohon pilihan kepadaMu dengan ilmuMu, aku mohon petunjuk dengan kudratMu, dan aku mohon kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa dan aku tidak berdaya, Engkau Yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.
"Sesiapa yang terluka Ya Allah, Engkau ubatilah luka mereka. Aku tidak mampu, lalu aku berserah kepada-Mu Ya Allah,"
walaupun aku tak sanggup melukakan hati sesiapa. Namun apakan daya, semua ini kesilapan aku sendiri. Ya Allah, hanya padaMu aku memohon pertologan. Lalu aku lena dalam air mata. Nikmatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Hidup ini dibentangkan dengan pelbagai pilihan. Mahu atau tidak, kita terpaksa memilih antara dua atau lebih jalan yang terbentang. Moga-moga Allah memberikan pilihan yang terbaik untuk aku. Aku harap pilihan aku tepat, walaupun pada zahirnya hati aku akan terluka. Mungking aku perlukan masa untuk rawat hati aku dahulu, baru aku boleh merawat hatinya. Dengan harapan semoga Allah sentiasa ada disampingnya untuk memberi kekuatan dalam setiap nafasnya. Insya'allah. Amin...
No comments:
Post a Comment